Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    40 pasukan berentap dalam Kejohanan Badminton MA

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BELAIT, 18 JULAI – Sebagai salah satu komitmen terhadap kesejahteraan fizikal mahupun mental masyarakat, Persatuan Malayali (MA) Brunei Darussalam baru-baru ini telah menganjurkan Kejohanan Badminton ke-7 yang diadakan di Gelanggang Tertutup, Pusat Insani, Seria.

    Hadir bagi merasmikan kejohanan berkenaan ialah Presiden MA, Cyril Joseph, sekali gus menyaksikan 40 pasukan berentap dalam pelbagai kategori antaranya kategori 15 tahun ke bawah, kategori beregu campuran, kategori beregu lelaki dan kategori beregu wanita.

    Dalam pada itu, Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri turut menyempurnakan penyampaian piala kepada para pemenang dan merakamkan ucapan tahniah atas usaha terbaik pihak MA dalam penganjuran aktiviti sukan tersebut di samping kesungguhan para peserta yang terlibat yang bukan hanya melibatkan dalam kalangan ahli persatuan bahkan juga dari seluruh negara.

    Kehadiran lebih 200 orang secara keseluruhan termasuk para pemain turut memeriahkan suasana kejohanan bagi sama-sama memberi sokongan kepada para pemain.

    TYT Alok Amitabh Dimri bergambar ramai bersama para pemenang kejohanan tersebut di Gelanggang Tertutup, Pusat Insani, Seria. – Gambar serahan MA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...