Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 pemenang bertuah dirai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JULAI- Seramai 40 pemenang Cabutan Bertuah Hari Raya Aifa 2024 telah membawa pulang hadiah-hadiah menarik pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat Aifa Sdn Bhd, Lambak Kanan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan cabutan ialah Pengarah Urusan Aifa Sdn Bhd, Dr Andy Lau yang antara lain merakamkan ucapan penghargaan kepada para peniaga atas sokongan mereka yang tidak putus-putus terhadap Aifa dan jenama-jenama di bawahnya.

    Dalam ucapan alu-aluannya, beliau turut mengatakan bahawa Aifa terus mengorak langkah dengan mempelbagaikan konsep perniagaan mereka dan sentiasa memberikan perkhidmatan dan produk terbaik.

    Beliau juga berkata, di sebalik pemilihan seramai 40 pemenang, ia juga bersempena meraikan ulang tahun penubuhan ke-40 tahun Aifa Sdn Bhd.

    “Acara ini adalah cara syarikat mengucap terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini memberikan sokongan,” ujarnya lagi.

    Pemenang hadiah utama, Awang Haswandi bin Kasmi ketika ditemu bual berkata bahawa beliau tidak menyangka akan membawa pulang sebuah TV 100 inci UHD Smart TV.  Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat Aifa atas hadiah yang diberikan, dan beliau berharap acara seumpama ini akan terus diadakan pada masa akan datang.

    Majlis menyaksikan pemenang tempat kedua membawa pulang LG Mesin Cuci dua tingkat dan hadiah ketiga berupa sebuah TV 86 inci.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bertuah kempen promosi hari raya yang berlangsung dari 4 Mac 3 Jun lalu.

    Kakitangan Aifa bergambar bersama Awang Haswandi yang memenangi hadiah utama semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Kakitangan Aifa bergambar ramai bersama dengan para pemenang semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda