Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JUN – Seramai 40 orang pemenang Cabutan Bertuah Hari Raya Aifa 2024 telah dipilih dalam undian yang diadakan di kediaman Pengarah Urusan Aifa di Lambak, petang tadi.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan cabutan nama-nama pemenang yang disenarai pendekkan ialah Dato Paduka Haji Mohd Yussof bin Bakar.
Turut hadir ialah para peniaga yang mengambil bahagian semasa promosi cabutan bertuah berkenaan.
Sebelum undian dijalankan, Pengarah Urusan Aifa, Andy Lau dalam ucapan alu-aluan ringkasnya merakamkan penghargaan kepada para peniaga yang hadir atas sokongan mereka yang tidak putus-putus untuk Aifa dan jenama di bawahnya.
Beliau juga mengambil peluang untuk memperkenalkan bangunan pusat selepas jualan Aifa terbaharu yang sedang dalam pembinaan.
Bangunan berkenaan bertujuan untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan lebih baik, jelasnya.
Seterusnya Lau juga memperkenalkan produk terbaharu iaitu kipas angin air cooler komersial terbaharu iaitu ACF-C360-1 dan ACF-180-1, selain itu turut diperkenalkan adalah produk terkini Aifa by Elba iaitu Steam Styler S5 dan banyak lagi.
Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada para peniaga bagi setiap pelanggan mereka yang bertuah.
Promosi yang berjalan dari 4 Mac sehingga 3 Jun lalu itu telah menyaksikan sejumlah 45,000 keping kupon cabutan terkumpul.
Para pemenang berkenaan akan dijemput ke majlis penyampaian hadiah pada tarikh yang akan diumumkan kemudian di mana mereka akan diberikan peluang untuk memilih hadiah kemenangan.