SHENGJIN, 13 APRIL – Pihak berkuasa Itali pada Jumaat telah memindahkan 40 migran yang tidak dibenarkan tinggal di negara itu ke pusat tahanan pendatang asing yang dikendalikan Itali di Albania.
Hal ini merupakan kali pertama sebuah negara Kesatuan Eropah menghantar pulang pendatang asing yang ditolak ke negara luar EU yang bukan negara asal atau negara transit mereka, menurut pakar migrasi.
Sebuah kapal tentera dengan para migran berlepas dari pelabuhan Itali di Brindisi dan tiba beberapa jam kemudian di pelabuhan Albania di Shengjin, kira-kira 65 kilometer (40 batu) ke timur laut ibu negara Tirana.
Migran-migran itu dilihat dipindahkan dengan bas dan minivan di bawah kawalan keselamatan yang ketat ke pusat yang di-kendalikan Itali di Shengjin, di mana mereka akan diproses sebelum dipindahkan ke pusat kedua di Gjader, yang juga dikendalikan oleh pihak berkuasa Itali.
Namun, pihak kerajaan Itali tidak mendedahkan kewarganegaraan atau butiran lanjut tentang pendatang asing tersebut. – AP
