Friday, March 21, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 pendatang dibenarkan mendarat

    VALLETTA, 4 OGOS – Malta berkata ia telah memberi kebenaran kepada 40 pendatang di atas kapal penyelamat yang dikendalikan oleh NGO Jerman Sea-Eye untuk turun selepas perjanjian yang dicapai antara beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) untuk membawa mereka masuk.

    Perjanjian itu diumumkan selepas para pendatang di kapal Alan Kurdi, diselamatkan pada hari Rabu dari Libya, telah dihalang daripada mendarat di Itali.

    Menteri Dalam Negeri Itali, Matteo Salvini telah mengambil tindakan tegas terhadap pendatang yang memasuki negara ini.

    Para pendatang akan tiba di ibu kota Malta, Valletta lewat hari ini, kata kerajaan Malta kelmarin.

    Kerajaan Jerman dan Suruhanjaya Eropah membuat perjanjian bagi para pendatang untuk dikongsi di kalangan beberapa negara EU, katanya. – AFP

    Kapal penyelamat, Alan Kurdi, dilihat di sebuah pelabuhan. Malta memberi kebenaran kepada 40 pendatang di atas kapal penyelamat Sea-Eye untuk berlabuh. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda