Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 rentung lori tangki meletup

    MONROVIA, 28 DIS – Lebih 40 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi melecur teruk apabila sebuah lori tangki petrol meletup di tengah Liberia, kata ketua pegawai perubatan negara itu hari ini.

    Saksi berkata orang ramai menaiki lori itu untuk mencuba mengambil petrol yang bocor dari tangkinya selepas ia terhempas dan terhumban ke dalam parit di sepanjang jalan di Totota, kira-kira 130 kilometer dari ibu negara Monrovia pada Selasa.

    Penduduk tempatan, Aaron Massaquoi memberitahu AFP ada di antara penduduk mempunyai besi untuk mengetuk lori tangki supaya ia pecah untuk membolehkan mereka mendapatkan minyak.

    “Orang ramai berada di sekeliling trak dan pemandu trak memberitahu mereka bahawa mereka boleh mengambil minyak yang tumpah,” kata Massaquoi.

    “Dia memberitahu mereka untuk tidak memanjat di atas lori tangki dan mereka harus berhenti memukul lori itu…. tetapi ada juga yang menggunakan pemutar skru untuk membuat lubang pada tangki itu.”

    Tugas untuk menentukan jumlah kematian menjadi lebih sukar kerana mangsa melecur dengan teruk, kata ketua pegawai perubatan Liberia, Francis Kateh.

    Dia memberitahu AFP bahawa pasukannya ‘pergi dari rumah ke pintu untuk menentukan jumlah orang yang hilang’.

    Antara “pesakit yang paling teruk cedera ialah kanak-kanak dan seorang wanita hamil”, ketua kesihatan tempatan Cynthia Blapooh memberitahu akhbar Front Page Africa. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda