Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 sertai bengkel menapih sinjang

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Okt – Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) kelmarin mengadakan Bengkel Intesif Menapih Sinjang di Dewan Ta’lim kolej berkenaan.

    Bengkel anjuran Pejabat Ra’es KUPU SB itu disertai seramai 40 orang pegawai-pegawai kanan, staf akademik dan bukan akademik lelaki kolej tersebut dan disampaikan oleh fasilitator undangan dari JHLL Enterprise, Haji Mohammad bin Haji Tuah.

    Bengkel mendedahkan peserta kepada jenis dan bentuk tapihan sinjang serta penggunaan yang betul.

    Selain bertujuan meningkatkan kreativiti pegawai dan kakitangan menapih sinjang, ia juga diharap dapat membantu memelihara dan mengembangkan budaya warisan negara agar terus terpelihara dan menjadi amalan berterusan generasi-generasi akan datang.

    Haji Mohamad semasa menunjukkan cara betul menapih sinjang.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda