Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 sertai lawatan ke Pusat Bahagia Pulaie

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Seramai 40 orang dalam kalangan ahli kumpulan belia masjid Daerah Brunei dan Muara hari ini telah mengadakan lawatan mesra silaturahim ke Pusat Bahagia Pulaie yang diungkayahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Belia Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid.

    Turut serta dalam rombongan berkenaan ialah daripada kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Masjid serta kumpulan belia masjid.

    Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk beramah mesra bersama pelajar-pelajar orang kelainan upaya (OKU) di Pusat Bahagia Pulaie.

    Antara aktiviti yang diadakan sepanjang lawatan itu ialah pertunjukan cara komunikasi bersama golongan kurang pendengaran melalui bahasa isyarat.

    Lawatan itu juga bermatlamat untuk mendidik belia masjid khususnya dalam sifat kasih sayang kepada rakan sebaya yang berkelainan upaya dan dalam masa sama melahirkan perasaan empati dan membantu rakan istimewa itu.

    Pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid serta ahli kumpulan belia masjid Daerah Brunei dan Muara bergambar ramai semasa lawatan berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda