Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Seramai 40 orang kanak-kanak yang berumur enam hingga 12 tahun menyertai aktiviti Program Riang Ria Kanak-kanak @penBORNEO 2020 yang julung kalinya dianjurkan oleh Pusat Sejarah Brunei melalui Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (penBORNEO), hari ini.
Program yang berlangsung di penBORNEO, Flat Anggrek Desa itu antara lain bertujuan untuk memberi galakkan kepada kanak-kanak untuk meminati sejarah di samping memberigakan pentingnya memelihara bahan rekod sejarah.
Selain itu, bagi menanamkan semangat kenegaraan dalam kalangan kanak-kanak sekali gus mempromosi pusat berkenaan sebagai pusat sumber dan rujukan sejarah khususnya sejarah Borneo.
Antara aktiviti yang disertai oleh kanak-kanak berkenaan termasuk senamrobik, kuiz dan aktiviti riang ria sejarah, warna-warni sejarah, aktiviti peta dan aktiviti Jawi.
Menerusi program berkenaan, ia diharap dapat memberi manfaat kepada generasi muda khususnya kanak-kanak supaya memahami pentingnya sejarah negara.
