Wednesday, February 5, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 sertai webinar asah kemahiran insaniah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk membantu mencapai matlamat Wawasan Negara 2035 terutamanya melahirkan insan yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berprestasi, Persatuan Kemajuan Insan (KESAN) telah meneruskan sesi webinar dua hari menerusi The Employability Series: Critical Thinking and Strategic Planning, baru-baru ini.

    Sesi webinar pada awal Disember lalu telah dihadiri seramai 40 peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi, golongan pencari kerja, ahli jawatankuasa KESAN dan kakitangan sektor awam dan swasta yang ingin meningkatkan kemahiran insaniah mereka.

    Pada hari pertama, sesi webinar dipimpin oleh Pengasas MY Actions for SDGs, Dayang Nurul Hadina binti Haji Alias, memfokuskan kemahiran berfikir kritis dan cara mengaplikasikannya di tempat kerja dan kehidupan seharian.

    Dalam pada itu, para peserta turut menyelami bahawa kemahiran berfikir secara kritis pada asasnya melibatkan penyoalan ‘apa, mengapa dan bagaimana’ mengikut topik yang dibincangkan. Selain itu, Dayang Nurul Hadina juga mengetengahkan beberapa strategi utama tentang cara menulis dan bercakap secara kritis.

    Manakala, hari kedua sesi webinar pula bersama Pengasas CoveredByAnnisa, Dayang Nisa Masir, membincangkan kepen-tingan perancangan strategik dan segala teknik yang digunakan dalam mencapai perancangan strategik. Semasa sesi berkenaan, para pelajar telah diterapkan dengan aktiviti seperti sesi temu bual olok-olok dan perbincangan perancangan strategik bagi tujuan membantu melaksanakan keberkesanan pemahaman dalam konsep strategi dan teknik yang dipelajari sebelumnya.

    Dayang Nur Fadzliah binti Ishak selaku ketua program sesi webinar itu, menjelaskan sebagai para pencari kerja, kemahiran berfikir kritis dan perancangan strategik adalah penting bagi meningkatkan kadar kejayaan lulus dalam pengambilan kerja.

    Sementara itu, salah seorang peserta yang berusia 19 tahun dan sedang mencari pekerjaan, Dayang Nur Amani Syahirah binti Shahrul Aminan berkata dengan mengikuti sesi webinar itu sememangnya telah membantu dirinya lebih memahami kaedah dan langkah pemikiran kritis yang berbeza yang boleh digunakan dalam membaca, menulis dan bertutur.

    Perkongsian turut dibuat oleh Awang Abdul Wafiy bin Haji Mahari selaku salah seorang peserta yang masih mengikuti pengajian di peringkat sarjana, menyatakan sesi webinar itu telah mengajarnya cara merancang secara strategik untuk matlamat masa depan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda