Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 tahun, legasi Elvis terus kuat

    MEMPHIS – Elvis Presley, ikon penyanyi Amerika Syarikat yang sangat terkenal telah bertukar menjadi satu budaya yang terkenal di negara itu malah sejak pembabitan penyanyi itu, beliau telah berjaya menjual lebih daripada satu bilion rekod dan dijadikan idola buat beberapa penggiat seni di negara itu.

    Rumah Graceland di Memphis, Tennesse merupakan rumah kedua yang paling terkenal di Amerika Syarikat selepas Rumah Putih. Baru-baru ini, dianggarkan lebih daripada 50,000 penduduk telah hadir untuk meraikan ulang tahun ke-40 tahun kematian penyanyi itu yang mana penyanyi itu mati ketika berusia 42 tahun pada 16 Ogos 1977.

    Penyanyi itu dianggap sebagai seorang artis yang telah berjaya mencatatkan jualan yang baik dan artis terbaik sepanjang masa. Pada tahun 2016, Forbes telah meletakan beliau di tempat keempat tertinggi terhadap selebriti yang telah mati di mana beliau telah memperoleh AS$27 juta dan masih beroleh keuntungan walaupun dengan hanya satu album. “Beliau adalah satu-satunya artis di zaman moden yang segera dikenali di seluruh dunia. Katakanlah Elvis di mana sahaja seperti Beijing, Nicaragua, Estonia atau Fiji pasti, nama Elvis akan sentiasa dikenali,” kata penulis dari British, Ted Harrison kepada wartawan AFP.

    Elvis dikenali dengan suaranya yang unik dan gaya yang pelbagai malah kebanyakan rentak muzik beliau diselarikan dengan rentak R&B, Blues, etnik dan sebagainya. Disebabkan halangan sosial dan cabaran perkauman membuatkan beliau dikenali sebagai ‘Elvis The Pelvis’ di atas gerak lincah beliau di atas pentas. “Disertakan dengan gaya yang meleleh, karisma yang tinggi dan juga rayuan romantik, beliau merupakan fantasi buat berjuta-juta wanita dan telah memberikan inspirasi kepada beberapa artis lain yang muncul selepas kematian beliau seperti The Beatles dan The Rolling Stones serta Bruno Mars,” kata Bob Dylan kepada wartawan AFP. Pada akhir tahun 1960an, salah seorang komposer terkenal, Leonard Bernstein telah mengelar artis terkenal itu sebagai ‘The Greatest Cultural Force in the 20th Century’.

    Selebriti

    Beberapa buah lagu terkenal beliau seperti ‘Heartbreak Hotel’, ‘Hound Dog’, ‘Jailhouse Rock’ dan ‘Are You Lonesome Tonight’ sangat dikenali di seluruh dunia. Muzik beliau telah diterbitkan semua dalam satu pakej yang baru dalam beberapa kali sejak kematian beliau. Lebih daripada 20 juta pengunjung telah melawat Graceland yang mana menjadi kediaman artis itu selama 20 tahun selepas isterinya, Priscilla dan anaknya, Lisa Marie membukakan rumah itu untuk kunjungan orang ramai pada tahun 1982.

    Pada tahun 2016, Forbes telah meletakan beliau di tempat keempat tertinggi bagi selebriti yang telah mati di mana beliau telah memperoleh AS$27 juta. – AFP
    Pada tahun 2016, Forbes telah meletakan beliau di tempat keempat tertinggi bagi selebriti yang telah mati di mana beliau telah memperoleh AS$27 juta. – AFP

    Pengurus hartanah kediaman itu berkata bahawa rumah itu telah berjaya menarik 600,000 pengunjung setiap tahun dan telah menyumbang sekitar AS$150 juta setahun kepada ekonomi Memphis. Malah sehingga ke hari ini, rumah itu tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menerima pengunjung yang berkurangan atau perlahan.

    Pada bulan Mac yang lalu, beberapa buah kelab dan pusat hiburan yang bernilai AS$45 juta dan hotel kompleks telah dibuka dengan menggunakan nama artis tersebut. Peminat tegar selalu menitis mata setiap kali berkunjung ke kawasan perkuburan Elvis di Graceland di mana Elvis dikebumikan bersebelahan dengan ibu dan neneknya. Kawasan perkuburan Elvis dipenuhi dengan bunga sebagai tanda penghormatan daripada peminat-peminat beliau. “Ia sebenarnya memberikan anda satu kehangatan,” kata Stephanie Harris, dari Michigan yang telah menjual insurans hayat kepada orang ramai. “Muziknya adalah cantik malah sesuai sehingga ke generasi hari ini,” tambah Stephanie lagi kepada wartawan AFP.

    Rumah Graceland di Memphis, Tennesse merupakan rumah kedua yang paling terkenal di Amerika Syarikat selepas Rumah Putih. – AFP
    Rumah Graceland di Memphis, Tennesse merupakan rumah kedua yang paling terkenal di Amerika Syarikat selepas Rumah Putih. – AFP

    Muzik hitam

    Elvis dilahirkan oleh pasangan ibu bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori manakala ibunya merupakan pengendali mesin jahit di sebuah rumah di Tupelo, Mississippi pada 8 Januari 1935 dan beliau sebenarnya mempunyai saudara lelaki namun mati selepas dilahirkan. Pada tahun 1948, ibu bapa beliau telah berpindah ke Memphis dan beliau telah berjaya menamatkan pengajian sekolah tinggi dan ketika berusia 19 tahun, beliau telah menjadi bintang hiburan terkenal di negara itu dengan serta merta.

    Ketika di awal kemunculannya, beliau terkenal sebagai seorang penyanyi yang sering menggoyangkan kaki dan gaya yang menarik dan kegemilangan muzik beliau telah melintasi jurang kaum khususnya di kawasan Selatan yang sering melakukan pengasingan. “Apa yang membimbangkan saya ialah, Elvis telah menggunakan muzik Afrika-Amerika dan memainkannya dengan begitu lancar sekali,” tambah Harrison lagi kepada wartawan AFP.

    Sebenarnya, Elvis telah mengikuti aktiviti ketenteraan selama dua tahun bersama Amerika Syarikat dan telah dihantar ke Jerman serta dipromosikan pangkat Sarjan namun selepas itu, beliau telah meninggalkan dunia itu dan bertukar menjadi seorang penghibur sepenuh masa. Namun beliau memperlihatkan jati diri seorang yang ingin berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya dan orang ramai. Beliau sebenarnya mempunyai hati yang murni untuk masyarakat.

    Namun beliau telah terpengaruh dengan menyalahgunakan pil preskripsi dan dibelenggu dengan pelbagai masalah kesihatan serta beliau juga dibelenggu dengan pengurusan yang tidak baik. Persembahan beliau yang terakhir ialah pada 25 Jun 1977 di Indianapolis dan pada 16 Ogos 1977, sehari sebelum konsert berjadual, beliau telah ditemui mati di dalam bilik mandi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda