Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    40 terbunuh dalam serangan di Rafah

    RAFAH, 27 MEI – Agensi pertahanan awam Gaza mengumumkan hari ini bahawa angka kematian telah meningkat kepada 40 akibat serangan Israel semalaman yang membakar khemah penduduk Palestin yang dipindahkan di Rafah, serangan yang mencetuskan kecaman di seluruh dunia Arab.

    Tentera Israel berkata serangan udara lewat kelmarin, beberapa jam selepas serangan roket menyasarkan Tel Aviv, telah membunuh dua anggota kanan Hamas, dan ia sedang menyiasat laporan orang awam yang terbunuh dalam kebakaran.

    Serangan Israel itu mencetuskan bantahan kuat dari Mesir, Jordan, Kuwait dan dari Qatar yang memberikan amaran ia boleh menghalang langkah-langkah baharu untuk memulihkan gencatan senjata yang terhenti dan rundingan pembebasan tebusan dalam perang Israel-Hamas yang sedang berlarutan sejak 7 Oktober.

    Agensi pertahanan awam Gaza berkata hari ini banyak mayat hangus terbakar dengan anggota badan hancur selepas serangan itu yang memusnahkan pusat perpindahan di barat laut Rafah.

    “Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera pendudukan Israel di khemah pelarian di barat laut bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza telah menyebabkan 40 mati syahid dan 65 cedera,” kata pegawai agensi, Mohammad al-Mughyyir.

    “Kami melihat mayat terbakar dan anggota badan yang terputus. Kami juga melihat kes amputasi, kanak-kanak cedera, wanita dan warga emas,” tambahnya.

    Rakaman yang dikeluarkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menunjukkan suasana di mana paramedik dalam ambulans pada waktu malam bergegas ke lokasi serangan yang terbakar dan menyelamatkan mangsa yang cedera, termasuk kanak-kanak. – AFP

    Seorang warga Palestin yang cedera dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza dibawa ke hospital Al Aqsa di Deir al Balah, tengah Semenanjung Gaza, pada 26 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...