Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 terkorban dalam serangan bom tentera Myanmar

    YANGON, 8 OKT – Serangan tentera Myanmar ke atas acara perayaan dan protes telah membunuh 40 orang, termasuk kanak-kanak, beritahu seorang peserta dan ahli jawatankuasa tempatan kepada AFP kelmarin.

    Myanmar dibelenggu perang saudara sejak rampasan kuasa 2021, mendorong pemberontak pro-demokrasi memulakan pertempuran dan bersekutu dengan kumpulan bersenjata etnik menentang junta.

    Beratus-ratus orang berkumpul di bandar Chaung U di tengah Myanmar untuk perayaan bulan purnama Thadingyut pada Isnin lalu apabila tentera menggugurkan bom ke atas orang ramai, menurut ahli jawatankuasa yang menganjurkan acara itu.

    Peserta wanita itu berkata orang ramai berkumpul untuk perayaan tersebut dan protes anti-junta pada pukul 7 malam apabila serangan bom itu membunuh lebih 40 orang dan mencederakan kira-kira 80 yang lain.

    “Jawatankuasa itu memaklumkan satu pertiga daripada orang awam berjaya melarikan diri,” katanya kepada AFP.

    Gambar bertarikh 7 Oktober 2025 menunjukkan kenderaan rosak di tapak serangan tentera terhadap protes di bandar Chaung U, tengah Myanmar. – AFP

    “Namun seorang penerjun payung berkuasa motor terbang di atas orang ramai sambil menjatuhkan dua biji bom di tengah perhimpunan.

    “Kanak-kanak hancur berkecai sepenuhnya,” kata wanita itu, yang tidak berada di tempat kejadian tetapi menghadiri pengebumian kelmarin.

    Apabila seorang lagi penerjun payung meninggalkan kawasan itu, dia berkata orang ramai bergegas membantu mangsa yang cedera.

    Seorang penduduk Chaung U yang menghadiri acara itu Isnin lalu mengesahkan anggaran jumlah mangsa korban, dengan berkata orang ramai cuba berlari apabila menyedari payung terjun itu terbang di atas kepala mereka. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda