Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    400 guru agama mantapkan tulisan jawi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Seramai 400 orang guru agama akan mengikuti bengkel menghalusi tulisan jawi secara mingguan mengikut kluster di seluruh negara bermula bulan ini hingga penghujung Mac nanti.

    Sesi pertama bengkel yang dikendalikan oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath itu telah diadakan baru-baru ini, di Dewan Ta’lim, KUPU SB.

    Ia dimudahcarakan oleh Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar, dan Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath KUPU SB, Awang Azman bin Kassim.

    Antara objektif bengkel berkenaan ialah untuk mendedahkan kaedah pembentukan tulisan huruf-huruf jawi yang betul.

    Ia termasuk menghalusi tulisan jawi yang biasa dituliskan oleh para guru seperti perkataan harian yang ditulis di papan putih dan juga Surah Al-Fatihah.

    Selain itu, para guru diharapkan boleh menyalurkan pengetahuan mengenai kemahiran tulisan jawi tersebut kepada pelajar di sekolah masing-masing.

    Dr Haji Adanan dan Awang Azman ketika menyampaikan bengkel menghalusi tulisan jawi di Dewan Ta’lim, KUPU SB, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...