Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    400 wanita hamil Ecuador dijangkiti virus Zika tahun lepas

    QUITO, 5 Mei – Kira-kira 400 wanita hamil dijangkiti virus Zika di Ecuador sejak April 2016, kata Menteri Kesihatan Awam Veronica Espinoza pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua.

    Pada sidang akhbar menteri berkenaan berkata, sembilan kes mengesahkan bayi yang dikandung dijangkiti virus zika daripada ibu dan tiga bayi dilahirkan mengalami kecacatan.

    Zika adalah virus disebarkan oleh nyamuk Aedes yang juga menjadi pembawa kepada demam denggi dan Chikungunya.

    Sekitar 20 peratus orang dewasa yang dijangkiti menunjukkan tanda jangkitan dan virus itu lebih berbahaya jika menjangkiti wanita hamil kerana virus boleh berjangkit daripada ibu kepada janin atau melalui hubungan seksual dan pemindahan darah, kata Espinoza. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda