Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Seramai kira-kira 4,000 tetamu jemputan menghadiri acara tahunan BIBD Gema Syawal mengesahkan semula penghargaan bank berkenaan bagi warga dan kerjasama yang terus membentuk kejayaannya, yang berlangsung di The Empire Brunei, baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), di sini, menyatakan acara yang diadakan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dihasratkan sebagai peluang yang bermakna untuk mengukuhkan hubungan dan merakamkan penghargaan kepada pihak berkepentingan berharga BIBD termasuk pegawai-pegawai kerajaan, wakil-wakli diplomatik, pelanggan setia serta rakan kongsi perniagaan dari pelbagai sektor.
Berangkat dan hadir ke majlis itu ialah ahli-ahli kerabat diraja, menteri-menteri kabinet, timbalan-timbalan menteri, setiausaha-setiausaha tetap, duta, pesuruhjaya tinggi dan wakil-wakil kanan dari sektor awam dan swasta.
Majlis berkenaan turut mengalu-alukan pemimpin perusahaan utama serta usahawan tempatan dan pemilik perniagan kecil yang mencerminkan komitmen berterusan BIBD untuk menyokong perniagaan semua saiz dan menjadi rakan kongsi dalam perjalanan pertumbuhan mereka.
Dengan dihoskan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BIBD, Awang Junaidi bin Haji Masri bersama-sama pengurusan kanan dan kakitangan bank, perayaan berkenaan turut dihadiri oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah BIBD dan Badan Penasihat Syariah.
Kehadiran mereka menggariskan dedikasi kolektif BIBD kepada memupuk hubungan yang kukuh berasaskan kepercayaan di serata peringkat penglibatan.
Sebagai sebuah bank Bruneian at Heart, Gema Syawal mencerminkan nilai-nilai kemasyarakatan, keterangkuman dan perkembangan bersama BIBD, selaras dengan komitmennya dalam menghubungkan secara bermakna kepada masyarakat.
Acara itu merupakan sebahagian daripada usaha meluas BIBD untuk melibatkan pihak berkepentingan secara bermakna, membina kerjasama berkekalan dan menyumbang kepada pembangunan keseluruhan Brunei.