BATUSANGKAR, Indonesia, 30 Nov – Beribu-ribu rakyat Indonesia berbaris untuk mendapatkan cawan yang diperbuat daripada tempurung kelapa dalam harapan untuk menghidupkan tradisi meminum kopi yang sudah diamalkan sejak zaman kolonial Belanda lagi. “Siap sedia untuk minum!” laung penganjur kepada kira-kira 4,000 warga tempatan dan pengunjung yang menghirup kopi Kawa Daun pada festival minggu ini di Batusangkar, pulau Sumatera.
Kawasan itu menjadi tempat aneh bagi minuman tersebut yang rasanya diekstrak dari daun tanaman tersebut berbanding daripada bijinya.
Dari segi pembuatannya juga mengimbas pada era kolonial apabila beberapa penduduk tempatan hanya mampu membeli kopi yang diekstrak daripada biji.
Oleh itu mereka merebus daun-daun yang terbuang dan memberi rasa pahit minuman dalam cawan yang diperbuat dari tempurung kelapa yang dikeringkan.
“Saya gembira bahawa kami memiliki sehingga 4,000 cawan kopi – satu rekod tempatan baharu,” isytihar ketua pejabat pelancongan setempat, Abdul Hakim.
Namun, orang-orang kampung di daerah terpencil Indonesia ini terpaksa bekerja keras untuk memecahkan rekod pada tahun lepas yang menyaksikan kira-kira 1.9 juta orang meminum kopi yang dibuat seperti biasa.
Di sebuah kedai kopi terbuka berdekatan festival, Efrizon, 37 tahun sedang menghirup secawan kopi Daun Kawa tanpa campuran kafein.
“Ia sentiasa bagus untuk anda dan menjadikan badan anda terasa hangat. Dan anda mempunyai tempurung kelapa yang unik untuk digunakan sebagai cawan berbanding gelas,” katanya mengenai minuman tempatan itu.
Pertandingan kopi merupakan sebahagian daripada pesta seni dan budaya Minangkabau selama lima hari termasuklah acara kulinari yang dikenali sebagai Bajamba di mana beratus-ratus wanita berjalan dalam satu perarakan bersama perhiasan yang penuh dengan makanan di atas kepala mereka. – AFP
