Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    4,000 menu makan malam bersejarah Perancis dilelong

    PARIS, 30 MEI – Daripada memasak untuk pemimpin diktator hingga memenuhi kegemaran Barack Obama terhadap keju, koleksi menu makan malam negara Perancis menawarkan pandangan unik tentang 150 tahun sejarah diplomatik dan gastronomi kelmarin.

    Lebih daripada 4,000 menu dipamerkan di Paris sebelum dilelong pada Jumaat, dengan menu yang tertua bermula dari makan malam diraja yang dianjurkan oleh Napoleon III pada tahun 1868 yang mempunyai sedikit tompokan wain.

    Mereka menawarkan senarai tokoh-tokoh diraja, ahli politik dan diktator, daripada John F Kennedy dan Nelson Mandela kepada Saddam Hussein dan Vladimir Putin sehinggalah ke hidangan mewah di Versailles untuk Raja Charles III tahun lepas.

    Menu itu dikumpulkan secara teliti oleh seorang cef yang berpangkalan di Lyons, Christophe Marguin, yang telah memasarkannya dalam lelongan bersama rumah lelong Millon pada harga anggaran antara 10 hingga 1,500 euro setiap lot.

    Sesetengah daripadanya dicetak di atas sutera yang cantik, dan satu untuk presiden Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter menampilkan litografi asli oleh pelukis Marc Chagall.

    Mereka menandakan logistik kompleks yang menyelubungi momen diplomatik seperti peringatan ulang tahun ke-70 pendaratan D-Day pada 2014 apabila presiden ketika itu, Francois Hollande terpaksa bergegas daripada makan bersama Obama ke satu lagi majlis makan malam dengan Putin.

    Setelah menikmati salad udang galah biru dan ikan siakap panggang, Obama seterusnya menimbulkan kekecohan meminta hidangan keju yang tidak berada dalam jadual menu yang padat sekali gus ‘hampir mencetuskan insiden diplomatik yang memalukan,’ kata pelelong Alexandre Millon kepada AFP. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda