Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    40,000 kanak-kanak Afghanistan hilang tempat tinggal

    KABUL, 14 MEI – Kira-kira 40,000 kanak-kanak kehilangan tempat tinggal di wilayah Baghlan di utara Afghanistan ketika hujan lebat dan banjir melanda wilayah itu dan wilayah lain pada Jumaat lalu, kata badan amal global Save the Children, kelmarin.

    “Kanak-kanak ketakutan. Ramai yang kehilangan segala-galanya, bukan sahaja rumah mereka bahkan sekolah dan tempat mereka bermain. Mereka telah kehilangan segala-galanya yang biasa. Mereka telah kehilangan semua rutin harian,” kata Arshad Malik, pengarah negara untuk badan amal di Afghanistan.

    Lebih 330 terbunuh di seluruh negara miskin itu, kebanyakannya di Baghlan dan beberapa di wilayah Takhar, Badakhshan dan Ghor, menurut pejabat Program Makanan Dunia Afghanistan dan pegawai Afghanistan tempatan.

    Organisasi global dan pegawai Afghanistan telah memberi amaran tentang peningkatan jumlah kematian dan penyakit berjangkit, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, berikutan banjir. Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata, kelmarin bahawa ia telah menghantar lapan pasukan tindak balas kecemasan ke wilayah yang dilanda banjir untuk memantau risiko jangkitan.

    Afghanistan adalah antara negara yang paling terdedah kepada perubahan iklim. Negara itu telah mengalami peningkatan dalam keadaan cuaca yang melampau, termasuk banjir dan kemarau, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad oleh Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. – Xinhua

    Gambar menunjukkan kanak-kanak Afghanistan duduk di rumah mereka yang musnah selepas banjir di daerah Burka di wilayah Baghlan pada 12 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...