Wednesday, July 16, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    40,000 rakyat Thailand di Malaysia selamat pulang

    KUALA LUMPUR, 4 MEI – Seramai 40,000 warga Thailand di Malaysia selamat pulang ke negara asal mereka, melalui udara dan pusat pemeriksaan sempadan sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada 18 Mac.

    Wakil Kedutaan Thailand di Malaysia berkata kira-kira 11,000 lagi dijangka kembali ke negara mereka melalui pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand.

    “Bagaimanapun, tidak semua warga Thailand mahu dan minta untuk pulang ke Thailand,” kata wakil itu kepada Bernama.

    Menurutnya, beberapa pintu masuk sempadan dibuka mulai 18 April – iaitu Padang Besar, Sungai Golok, Betong, Wang Prachun dan Thammalung Pier. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda