TOKYO, 27 MEI – Lebih 400,000 orang telah menandatangani pungutan suara untuk membatalkan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo akan datang berikutan pandemik COVID-19, lapor Sputnik.
Pungutan suara itu dilancarkan pada 5 Mei oleh peguam dan ahli politik terkenal Kenji Utsunomiya. Ia ditujukan kepada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach, Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa Andrew Parsons, Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga, Menteri Hal Ehwal Olimpik Tamayo Marukawa, Presiden Jawatankuasa Penganjur Olimpik dan Paralimpik Tokyo Seiko Hashimoto dan Gabenor Tokyo Yuriko Koike.
Menurut undian itu, organisasi yang berkaitan “kini secara paksa mendorong agar Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo diteruskan,” sementara Tokyo dan wilayah lain, serta semua negara di seluruh dunia sedang berusaha untuk membendung penyebaran virus itu. – Bernama
