Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    405 graduan UPM Bintulu bakal terima ijazah, diploma

    BINTULU, 31 OKT – Universiti Putra Malaysia (UPM) buat julung kalinya akan melangsungkan Majlis Konvokesyen ke-46 Sidang 1 di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) esok.

    UPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor UPM berkenan mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma kepada 405 graduan pelbagai program pengajian.

    Baginda turut dijadualkan berangkat ke Majlis Santapan Negeri bersama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di sebuah hotel di Bintulu malam ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda