Wednesday, March 12, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    41 pain darah berjaya dikumpulkan

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 24 MEI – Sebanyak 41 pain darah telah dikumpulkan sebagai sebahagian daripada kempen derma darah yang diadakan oleh Syarikat Latihan Megamas Sdn Bhd sempena pencapaian Tanpa Kehilangan Masa Kecederaan (LTI) ke-34 yang telah diadakan di ibu pejabatnya di Kuala Balai, hari ini.

    Kempen tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Unit Derma Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, yang menghulurkan kepakaran mereka dalam membimbing penderma darah yang terdiri daripada kakitangan dan rakan perniagaan syarikat untuk menderma ke arah tujuan yang baik.

    Pengurus Besar, Awang Mohd Firdaus Eswandi @ Michael Stringer; Timbalan Pengurus Besar, Haji Mahmud bin Haji Idris; Pengurus Operasi, Awang Mohd Roshawadin bin Kamaluddin; dan Penasihat Eksekutif, Awang Mohd Roger Ainsworth turut hadir untuk menyelia kempen berkenaan.

    Selain itu, penderma darah juga menerima cenderahati bagi memperingati penyertaan mereka dalam kempen tersebut.

    Megamas telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang menyumbang ke arah kempen itu, termasuk pasukan Hospital Suri Seri Begawan, kakitangan Megamas dan semua penderma.

    Gambar ramai kumpulan pengurusan Megamas bersama penderma darah yang hadir semasa kempen tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda