Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    41 terbunuh, pemberontak serang sekolah di Uganda

    KAMPALA, 18 JUN – Pemberontak yang disyaki menyerang sebuah sekolah di kawasan terpencil Uganda berhampiran sempadan Congo, membunuh sekurang-kurangnya 41 orang dalam serbuan malam sebelum melarikan diri merentasi sempadan, kata pihak berkuasa. 38 pelajar di asrama sekolah tersebut adalah di antara mangsa.

    Beberapa pelajar dibakar sehingga tidak dapat dikenali, dan yang lain ditembak atau ditetak hingga mati selepas militan bersenjatakan senapang dan parang menyerang sekolah di daerah sempadan Kasese, kata seorang datuk bandar tempatan kepada The Associated Press.

    Selain 38 pelajar itu, seorang pengawal dan dua penduduk masyarakat tempatan di bandar Mpondwe-Lhubiriha terbunuh dalam serangan itu, kata Datuk Bandar Selevest Mapoze. Kenyataan tentera Uganda berkata pemberontak telah menculik enam pelajar, diambil sebagai pengangkut makanan yang dirompak dari kedai sekolah. – AP

    Orang ramai berkumpul di hadapan bangunan Sekolah Menengah Lhubiriha berikutan serangan ke atas sekolah tersebut, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda