Wednesday, April 23, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    42 pekerja Hengyi hadiri taklimat pemerdagangan orang

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 APRIL – Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran tentang jenayah pemerdagangan orang di Negara Brunei Darussalam, Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia (USPM) daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan taklimat mengenai Jenayah Pemerdagangan Orang bagi 42 pekerja yang terdiri daripada warga tempatan dan Republik Rakyat China di Bahagian Operasi, Hengyi Industries Sdn Bhd, Pulau Muara Besar, kelmarin.

    Taklimat berkenaan disampaikan oleh DSP Hajah Anis @ Roszaffina binti Haji Ahmad @ Mohd Ariffin berserta anggota-anggota di USPM.

    Objektif utama taklimat ini adalah untuk memberikan pengetahuan yang lebih dalam dan memahami secara lebih terperinci tentang elemen-elemen dan indikasi di dalam penyiasatan jenayah pemerdagangan orang.

    Antara perkara yang dibentangkan dalam taklimat termasuk maklumat mengenai kes bersejarah serta latihan kajian kes melibatkan kes-kes pemerdagangan orang yang telah didakwa di mahkamah dan memenuhi semua indikasi unsur-unsur pemerdagangan orang, hasil siasatan oleh USPM sejak penubuhannya pada 16 Ogos 2011.

    DSP Hajah Anis @ Roszaffina bergambar ramai dengan para pekerja Bahagian Operasi, Hengyi Industries Sdn Bhd yang ikut serta dalam taklimat itu. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda