Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    42 rekrut SPSS jalani latihan keselamatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Dengan hasrat untuk menerapkan kesiapsiagaan rekrut dalam menjalankan tugas selepas menamatkan latihan, Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Tunjuk Ajar Tatacara Mengendalikan Alat-alat Pemadam Api dengan Betul telah diadakan untuk 42 orang rekrut Setia Protective Security Services (SPSS) yang menjalani latihan di Bangunan SPSS di Jerudong, baru-baru ini.

    Taklimat itu dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi F, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) itu diterapkan bagi memastikan kesiapsiagaan rekrut dalam menjalankan tugas selepas menamatkan latihan dan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran serta pada masa yang sama, memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat mengenai aspek keselamatan kebakaran.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JBP, sebagai salah satu agensi keselamatan di Negara Brunei Darussalam, latihan kebakaran dan pengosongan bangunan akan dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keselamatan awam akan terjamin.

    Ia juga salah satu aktiviti bagi pihak SPSS untuk mengesahkan keberkesanan prosedur dan bersistematik bagi membolehkan interaksi, kerjasama dan menguatkan perhubungan antara JBP serta pihak Syarikat SPSS.

    JBP dalam kenyataannya lagi menyatakan bahawa jabatan berkenaan ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995 dan Kursus Marsyal Bomba bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.

    Rekrut SPSS diberikan tunjuk ajar mengendalikan alat-alat pemadam api dengan betul semasa latihan yang dijalankan di Bangunan SPSS, Jerudong. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda