420 sampel telah diuji

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Sebanyak 420 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 dalam tempoh 24 jam yang lalu membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 44,403 ujian.

Kementerian Kesihatan mengongsikan perkara tersebut dalam Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam hari ini, yang turut memaklumkan bahawa setakat 12 tengah hari ini, tiada kes baharu telah dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 142 orang dan cuma satu kes yang masih aktif.

Sementara itu, 569 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori dengan 4,026 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.