Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Kawasan Zon 2, Kampong Ayer telah menerima sijil Kursus ‘Life Saver’ yang diadakan di Balai Ibadat Mukim Saba kelmarin.
Majlis penyerahan sijil kursus tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi D, Awang Mushidee bin Junaidi.
Kursus Life Saver yang telah bermula pada 31 Disember 2024 lalu dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) yang antara lain bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas cara memadam api kebakaran dan mencegah kebakaran.
Semua di atas: Antara peserta yang menerima sijil dari Awang Mushidee.
