Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    43 graduan Al-Azhar dirai

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Seramai 43 graduan Negara Brunei Darussalam bagi pengambilan 2014/2015 di Universiti Al-Azhar diraikan dalam Majlis Konvokesyen yang berlangsung di Dewan Louvre Heights, El Zohour Club 5th Settlement, New Cairo, Mesir, baru-baru ini.

    Hadir bagi menyampaikan sijil-sijil ialah Naib Rektor Universiti Al-Azhar, Profesor Dr Yussuf El Sayed Yussuf Amir.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Duta Besar Brunei Darussalam ke Mesir, Tuan Yang Terutama Pengiran Haji Mustapa bin Pengiran Haji Aliudin dan Atase Pendidikan Negara Brunei Darussalam, Awang Ariffin bin Dato Paduka Haji Abu Bakar bersama ahli keluarga para graduan.

    Graduan Brunei mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Ma’had Qiraat Shoubra (Jurusan Al-Quran dan Qiraat) serta Ijazah Sarjana Muda Universiti Al-Azhar dalam jurusan Usuluddin, Jurusan Syariah Islamiyah dan Jurusan Bahasa Arab.

    Para graduan bergambar ramai bersama Profesor Dr Yussuf El Sayed Yussuf Amir dan Tuan Yang Terutama Pengiran Haji Mustapa.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda