Oleh Daniel Lim
BELAIT, 23 JUN – Seramai 43 orang telah mengambil bahagian dalam kempen derma darah anjuran Brudesh Engineering and Management Sdn Bhd yang diadakan di pejabat utama syarikat itu di Jalan Maulana, pagi tadi.
Para penderma terdiri daripada pegawai kanan dan kakitangan syarikat, rakan perniagaan serta orang awam.
Juga hadir ialah Pengarah Urusan, Hajah Sapurahbee binti Haji Ibrahim; Pengarah Eksekutif, Syarifah Safinatul Najah binti Malai Haji Abdul Hamid dan Pengarah Operasi, Malai ‘Izzat Faris bin Malai Haji Abdul Hamid.
Kempen yang dianjurkan bersama Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait itu bertujuan membantu menambah bekalan darah untuk golongan yang memerlukan.
Sebagai tanda penghargaan, penderma yang telah menderma darah diberi piza.
