BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Sekolah Ugama Pusar Ulak telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran serta penyampaian sijil bagi para pelajar Darjah 6 yang berlangsung kelmarin.
Seramai 43 orang pelajar telah berjaya mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran yang terdiri daripada 18 pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan dibim-bing dan ditasmik oleh guru-guru kelas masing-masing.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan sijil kepada para pelajar ialah Ketua Unit Audit Dalaman, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Noorsiah binti Haji Mohammad Noor.
Al-Quran merupakan kitab dan mukjizat agung yang diturunkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Antara kelebihan membaca Al-Quran bagi orang yang selalu mengamalkannya akan menjadi syafaat pada hari kiamat kelak selain sebagai penawar rohani.
Kita sebagai umat islam dianjurkan untuk sentiasa membaca dan mengamalkanya setiap hari dan menjadikannya sebagai panduan hidup,supaya kehidupan kita sentiasa di dalam lindungan dan akan diberikan petunjuk dan hidayah dari Allah SWT.