Oleh Daniel Lim
BELAIT, 23 JULAI – Bersempena meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-75, beberapa buah kawasan utama telah mengadakan gerai perayaan yang diadakan di seluruh negara.
Di Daerah Belait, gerai perayaan telah diadakan di sekitar kawasan Tudong Saji, Kuala Belait, yang menyaksikan sebanyak 43 petak jualan terdiri daripada peniaga tempatan yang menjual pelbagai jenis juadah makanan dan permainan serta aktiviti untuk semua peringkat umur.
Selain itu, persembahan turut diadakan setiap malam dalam bentuk hiburan dan pertandingan yang dipimpin oleh pelbagai kumpulan dari pelbagai agensi kerajaan di Daerah Belait bagi menghidupkan suasana sambutan di daerah tersebut. Sambutan perayaan tersebut akan dite-ruskan sehingga 4 Ogos, yang menandakan berakhirnya Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-75 tahun.
