Tuesday, October 22, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    43 sertai Majlis Khatam Al-Quran

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 21 OKT – Seramai 43 peserta, termasuk pelajar pelbagai peringkat usia daripada program kelas Al-Quran Al-Barakah, Kampung Lumut 2, menyertai Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan kelmarin.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Cenderawasih, Kelab Rekreasi Brunei Shell (BSRC) itu dihadiri oleh Daie Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Hajah Zaliha binti Haji Ibrahim, selaku tetamu kehormat.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang di pimpin oleh tetamu kehormat, diikuti dengan bacaan surah Ad-Duha hingga An-Nas oleh para peserta khatam yang turut membaca Doa Takhtim.

    Bagi memperingati majlis tersebut, para peserta menerima hadiah dan cenderahati yang disampaikan oleh tetamu kehormat, diiringi dengan bacaan Dikir Marhaban.

    Salah seorang peserta khatam menerima hadiah dan tanda penghargaan daripada tetamu kehormat. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Gambar ramai peserta khatam bersama tetamu kehormat. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda