Wednesday, March 26, 2025
24.8 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

43 sertai majlis khatam Masjid Kg Masin

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC –  Seramai 43 orang yang daripada Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid, muslimah dan jemaah Masjid Kampung Masin telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran sempena penutup tadarus di masjid berkenaan baru-baru ini.

Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid ,Awang Jeffry bin Haji Metassim. Seterusnya majlis khatam dikepalai oleh Pelapis Bilal, Haji Abd Wahab bin Haji Abdullah.

Majlis khatam diteruskan dengan bacaan takhtim yang dibawakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid (Perantis), Awang Abdul Azim bin Haji Md Azman dan doa Khatam pula dibacakan oleh Awang Jeffry bin Haji Metassim.

Majlis diteruskan dengan penyampaian derma kepada 30 anak-anak yatim Kampung Masin dan Bebatik Masin serta diikuti ceramah khas sempena memperingat Nuzul Al-Quran Ustaz Mohd Rif’at Atiyah bin Haji Anwari, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Jabatanarah Agama, ABDB.

Dalam ceramah berkenaan, beliau membahaskan tajuk Akal Sihat Dengan Al-Quran dan cara-cara mencintai dan mendampingi Al-Quran. Beliau juga mengongsikan kisah berkaitan dengan akal manusia sepertimana kisah Nabi Ibrahim AS yang mencari tuhan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan dan bacaan doa Allah Peliharakan Sultan yang dibacakan oleh bilal masjid, Awang Mohd Khairuddin bin Haji Zaidin. Turut hadir bagi meraikan majlis tersebut ialah Ketua Kampung Masin, Awang Mohd Mu’az Hafizuddin bin Moksin.

Dengan adanya majlis ini, ia diharap dapat membudayakan pembacaan Al-Quran oleh ahli jemaah masjid selaras dengan hasrat negara iaitu Negara Zikir di samping menggalakkan penglibatan dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid.

Semua di atas: Suasana semasa majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN AJK MASJID KG MASIN

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda