Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    43,000 maut akibat kemarau

    NAIROBI, KENYA, 20 MAC – Laporan baharu mengatakan anggaran 43,000 orang meninggal dunia akibat kemarau terpanjang di Somalia tahun lepas dan separuh daripadanya mungkin kanak-kanak.

    Ini adalah jumlah kematian rasmi pertama yang diumumkan setelah kemarau yang melanda sebahagian besar bahagian wilayah Horn of Africa.

    Sekurang-kurangnya 18,000 orang dijangka akan meninggal dunia dalam enam bulan pertama tahun ini.

    Somalia dan jirannya, Ethiopia dan Kenya sedang berdepan musim kemarau setelah tidak menerima turunan hujan selama enam musim berturut-turut, sementara harga makanan global yang meningkat memperburuk krisis kelaparan tersebut.

    PBB mengatakan mereka tidak lagi akan meramalkan pengisytiharan bencana kelaparan untuk Somalia buat masa ini tetapi menyebut keadaan itu sangat kritikal dengan lebih daripada enam juta orang sedang kelaparan di negara itu.

    Seorang wanita dan kanak-kanak Somalia menunggu penempatan baharu di pinggir Dollow, Somalia pada 20 September 2022. – AP

    Pengisytiharan bencana kebuluran bermakna data menunjukkan lebih daripada 5 peratus isi rumah mempunyai kekurangan makanan yang ketara, lebih daripada 30 peratus kanak-kanak mengalami kekurangan nutrien dan lebih daripada dua orang daripada 10,000 meninggal dunia setiap hari.

    Beberapa pegawai kemanusiaan dan iklim tahun ini telah mengingatkan trend menjadi lebih teruk daripada kebuluran Somalia pada tahun 2011 di mana sejuta orang meninggal dunia.

    Berjuta-juta ternakan mati dalam krisis yang diperburuk oleh perubahan iklim dan ketidakstabilan ketika Somalia menentang ribuan pejuang sekutu al-Qaeda di Afrika Timur, al-Shabab. Agensi migrasi PBB mengatakan 3.8 juta orang telah dipindahkan, jumlah yang tertinggi dalam sejarah.

    Penilaian keselamatan makanan yang dikeluarkan bulan lalu mengatakan hampir setengah juta kanak-kanak di Somalia mungkin terdedah kepada kekurangan nutrien yang teruk tahun ini. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...