Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    434kg sampah dikutip di Pantai Jerudong

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Kumpulan Bank Baiduri, dengan kerjasama Beach Bunch, kelmarin, telah menganjurkan acara kebersihan pantai buat pertama kalinya di Pantai Jerudong, di mana 68 beg plastik sampah dengan berat 434.5 kilogram telah berjaya dikutip.

    Kempen yang menghimpunkan 50 kakitangan Kumpulan Bank Baiduri itu memfokuskan perantis Program Perantisan Graduan (GAP) Bank Baiduri. GAP ialah program pembelajaran dan pembangunan komprehensif yang bertujuan untuk menyediakan graduan baharu dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman diperlukan yang akan meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja tempatan.

    Menurut Bank Baiduri, kempen kebersihan pantai itu adalah sebahagian daripada Inisiatif Kesejahteraan Pekerja (EWI) bank tersebut yang berfungsi sebagai bukti dedikasi terhadap kese-jahteraan pekerjanya, dengan matlamat utama untuk melaksanakan kesedaran tentang kepentingan kitar semula dan kebersihan pantai.

    Sampah-sampah yang dikutip terdiri daripada sisa, botol plastik, selipar dan pelbagai bentuk bahan lain yang boleh memberikan kesan buruk kepada hidupan marin dan keseluruhan ekosistem.

    Beach Bunch, sebuah pertubuhan bukan kerajaan tempatan dan kumpulan alam sekitar yang terkenal dengan semangatnya untuk membersihkan pantai dan meningkatkan kesedaran tentang menjaga pantai Brunei, memain-kan peranan penting dalam memastikan kejayaan acara tersebut.

    Ketua Sumber-sumber Manusia dan Pentadbiran Kumpulan, Veronica Chong berkata, “EWI kami mengakui kepentingan untuk meningkatkan kesejahteraan pekerja dengan memupuk kesihatan fizikal, mental dan rohani pekerja kami.

    “Acara ini, di luar faedah ekologinya, juga telah membawa pekerja kami bersama-sama sebagai komuniti bagi melakukan bahagian kami untuk persekitaran yang lebih bersih,”
    ujar beliau.

    Gambar serahan Bank Baiduri
    Gambar serahan Bank Baiduri
    Antara yang terlibat dalam kempen gotong-royong di Pantai Jerudong. – Gambar serahan Bank Baiduri

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda