Sunday, June 30, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    435 terbunuh dalam serangan Israel di Lubnan sejak 8 Okt

    BEIRUT, 27 JUN – Sekurang-kurangnya 435 orang terbunuh dan 1,801 lagi cedera dalam serangan Israel di Lubnan sejak 8 Oktober lepas, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan Lubnan, kelmarin.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan 44 peratus daripada kecederaan disebabkan oleh trauma, 35 peratus akibat letupan manakala 16 peratus berkaitan dengan bahan kimia.

    Kementerian itu berkata 95 peratus daripada mangsa yang cedera adalah warga Lubnan, tanpa menyatakan kewarganegaraan mangsa yang lain.

    Lubnan menuduh Israel menggunakan bom fosforus putih dalam serangan di bahagian selatan negara itu.

    Kementerian itu berkata serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 92,228 orang kehilangan tempat tinggal sejak 8 Oktober lepas.

    Ketegangan meningkat di sepanjang sempadan Lubnan dengan Israel ketika Tel Aviv meneruskan serangannya ke atas Semenanjung  Gaza, yang telah membunuh lebih 37,700 orang sejak Oktober lepas. – Bernama

    Seorang pekerja pertahanan awam memeriksa rumah yang musnah yang dilanda serangan udara Israel, di Chebaa, sebuah bandar Lubnan berhampiran sempadan dengan Israel, selatan Lubnan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...