Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    BruROSA anjur majlis khatam Al-Quran

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Persatuan Pelajar Pegawai-pegawai Ugama Brunei (BruROSA) dengan kolaborasi Brunei-Manchester Society (BruManch), Brunei-Edinburgh Society (EdinBru), Brunei-Nottingham Society (BruNotts) dan Brunei-Southampton Society (BruSton) menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Tahunan bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BruROSA, di sini, majlis berkenaan diadakan secara maya menerusi Zoom disebabkan pandemik Covid.Majlis berkenaan dianjurkan bagi menggalakkan pelajar untuk menggabungkan bacaan Al-Quran sebagai sebahagian daripada rutin harian dan bagi mendalami agama Islam.

    Di samping itu, acara itu juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan rangkaian di antara pelajar-pelajar Brunei di serata United Kingdom dan Eire. Seramai 67 orang pelajar daripada pelbagai persatuan dari empat rantau yang berlainan iaitu Scotland, Midlands, Northern dan Southern UK mengambil bahagian dalam acara berkenaan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Setiausaha Kewangan, BruROSA, Awang Muhammad Faiq’ Arif bin Haji Ibrahim dan diikuti dengan kata alu-aluan oleh Pegawai Agama, Unit Pelajar Brunei, Haji Muhammad Fahmi bin Haji Abas.

    Selepas bacaan Surah Al-Fatihah, majlis diteruskan de-ngan bacaan surah-surah lazim yang dipimpin oleh Pegawai Agama, BruSton, Awang Muhammad Fikri bin Haji Ali. Ia disusuli oleh bacaan takhtim dan Dikir Marhaban yang dipimpin oleh Awang Danial Izwan bin Haji Norariffinihazalin dan Awangku Izz Khan Fayyadh bin Pengiran Haji Mohd Hasreen dari BruManch. Manakala bacaan Doa Khatam dipimpin Awang Muhammad Fikri.

    Majlis diakhiri dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Awang Muhammad Fikri dan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr yang dipimpin oleh Ketua Pasukan Media BruROSA, Awang Mohammad Rizwandy bin Ramli.

    Antara pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran Tahunan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38, baru-baru ini.- Gambar serahan BruROSA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda