Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    438 barang kes Op Daulat diserah kepada muzium

    LAHAD DATU, 16 JAN – Sebanyak 438 barang kes Op Daulat pada 2013 milik kumpulan pengganas Sulu diserah kepada Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah hari ini untuk disimpan sebagai bahan peninggalan sejarah.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata barang kes itu termasuk 56 pelbagai jenis senjata api dan peluru, 48 bilah pisau dan parang, 95 item dokumen merangkumi pengenalan diri, risalah dan surat serta 110 item lain.

    “Sebelum  ini Jabatan Siasatan Jenayah menerusi Jabatan Peguam Negara mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan agar semua rampasan eksibit dan barang kes Op Daulat diserahkan kepada PDRM untuk simpanan bahan sejarah.

    “Keputusan panel hakim Mahkamah Persekutuan bersidang pada 15 Januari 2018 membenarkan permohonan itu yang melibatkan 812 eksibit dan barang kes Op Daulat, iaitu 329 barang kes seperti pakaian, alat perhubungan dan spesimen dilupuskan secara kekal manakala 438 barang kes disimpan di Muzium PDRM Sabah,” katanya kepada pemberita selepas pelupusan dan penyerahan barang kes itu di sini hari ini.

    Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zaini Jass hadir menyaksikan penyerahan barang kes Op Daulat oleh Abdul Jalil kepada Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun selaku wakil Muzium PDRM Sabah.

    Selain itu, Abdul Jalil berkata wang Peso bernilai 341,000 turut diserahkan kepada Jabatan Perbendaharaan Negara seperti arahan Mahkamah Majistret Lahad Datu pada 13 April 2013.

    Jauteh berkata kedua-dua projek itu sedang dilaksanakan dan diharapkan dapat disiapkan pada Mac ini, sempena 10 tahun peringatan peristiwa itu. – Bernama

    Datuk Seri Abd Jalil Hassan (kiri) dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Zaini Jass (dua kiri) melihat pakaian penceroboh yang akan diserahkan kepada Muzium PDRM Sabah pada majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...