Sunday, February 23, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siasat maklumat dos tidak tepat

     

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Nov – Berikutan dengan penyebaran gambar label bagi sejenis ubat jenama Paracetamol dengan maklumat dos tidak tepat yang disebarkan melalui aplikasi media sosial Whatsapp, baru-baru ini, Kementerian Kesihatan menegaskan bahawa mereka mengambil serius mengenai perkara ini yang mana maklumat dos pengambilan yang kurang atau lebih boleh mendatangkan kemudaratan kepada pesakit.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkannya hari ini, menjelaskan bahawa pembekalan ubat-ubatan untuk setiap pesakit adalah melalui beberapa proses penelitian termasuk meneliti maklumat preskripsi yang betul dan teratur menurut dos yang telah ditetapkan oleh Pegawai Perubatan.

    Kakitangan farmasi seterusnya menyemak dos pengambilan ubat dan menerangkan cara memakan dan kekerapan pengambilan ubat-ubatan kepada pesakit.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda