Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    44 anak yatim di Kampung Jerudong terima sumbangan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Seramai 44 orang anak yatim dari Kampung Jerudong telah menerima sumbangan pada majlis penyampaian derma anak yatim yang berlangsung di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan berkenaan ialah penasihat ahli jawatankuasa takmir masjid tersebut, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar bin Haji Abdul Aziz.

    Acara diselajurkan dengan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan bagi ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan.

    Majlis sumbangan berkenaan dihasratkan untuk memudahkan urusan serta menggembirakan anak-anak yatim pada bulan Ramadan ini dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

    Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar menyampaikan sumbangan kepada anak yatim. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda