LIMA, 22 Feb – Sejumlah 44 orang terbunuh pada Rabu selepas sebuah bas terjunam ke gaung sedalam 200 meter berhampiran Arequipa di selatan Peru, lapor agensi berita China Xinhua.
Ketua polis wilayah Arequipa, Jeneral Walter Ortiz berkata 43 orang maut di lokasi nahas manakala seorang lagi meninggal dunia di sebuah hospital berhampiran.
Mangsa yang cedera parah dibawa ke bandar Arequipa menggunakan helikopter tentera Peru. Nahas itu berlaku pada kira-kira 1.30 pagi di Kilometer 782 Lebuhraya Pan-Amerika. – Bernama