Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    44 pain darah dikumpulkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd kelmarin, telah mengadakan kempen menderma darah yang berlangsung di ruang legar Kilang Ice Cream Kingston, Perindustrian Beribi di mana sebanyak 44 pain darah berjaya
    dikumpulkan.

    Kempen berkenaan merupakan aktiviti tahunan syarikat dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dengan disertai oleh kakitangan syarikat berkenaan dan orang ramai.

    Sebagai tanda terima kasih pihak syarikat, para penderma yang berjaya
    menderma darah turut di-berikan aiskrim percuma.

    Kempen berkenaan merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial syarikat yang bertujuan untuk membantu mereka yang memerlukan darah dan juga menyebarkan kesedaran tentang kepentingan menderma darah dalam sama membantu meningkatkan lagi stok darah di hospital.

    Malcolm Lim dan Joyce Lim bergambar ramai bersama kakitangan semasa kempen berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda