Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    44 penuntut Sekolah Sukan diraikan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Seramai 44 orang penuntut Sekolah Sukan yang berjaya menamatkan pengajian mereka pada 2024 telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Peringkat BC GCE O Level dan IGCSE Bagi Sekolah Sukan Kelas 2024 yang berlangsung di Dewan Puteri, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Ketua Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Hajah Amal Nuriah binti Haji Kumpoh.

    Turut hadir ialah Pengetua Sekolah Sukan, Hajah Nor Aisah binti Haji Mohd Salleh, guru-guru, ibu bapa, penjaga dan para penuntut yang diraikan.

    Hajah Nor Aisah dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan mengenai pencapaian dan perkembangan sekolah berkenaan serta merakamkan ucapan tahniah kepada para penuntut yang berjaya menamatkan pengajian di Sekolah Sukan.

    Beliau seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil-sijil kepada semua penuntut yang telah menamatkan pengajian.

    Majlis kemudian menyaksikan Hajah Amal Nuriah menyempurnakan penyampaian Anugerah Penuntut Cemerlang dalam peperiksaan BC GCE O Level dan IGCSE 2024 iaitu penuntut yang memperoleh keputusan lima kredit dan ke atas, Anugerah Penuntut memperolehi keputusan A* dan A, Anugerah Penuntut Terbaik dalam General Programme Science, Anugerah Penuntut Terbaik dalam General Programme Art, Anugerah Penuntut Terbaik bagi Sport Stream dan Anugerah Penuntut Terbaik Secara Keseluruhan.

    Pada majlis tersebut juga, ucapan khas turut disampaikan oleh wakil penuntut dari Tahun 11.1, 2024, Dayang Khaira Farhana binti Mohd Fadzillah, diikuti dengan penyampaian sijil penghargaan kepada guru-guru Tahun 11, 2024 oleh Timbalan Pengetua Pentadbiran dan Akademik Sekolah Sukan, Dayang Norjalina binti Haji Jaafar serta penyampaian sijil penghargaan kepada jurulatih-jurulatih pula disampaikan oleh Timbalan Pengetua Sukan, Sekolah Sukan, Haji Azrin bin Haji Aji.

    Seterusnya, Hajah Amal Nuriah menyempurnakan penyampaian Anugerah Khas bagi guru kepada Dayang Nuramalina binti Haji Ibrahim, iaitu senarai subjek yang terbanyak memperolehi grade A* dan A secara keseluruhan iaitu 14 orang penuntut daripada 42 orang penuntut Sekolah Sukan.

    Hajah Amal Nuriah juga menyampaikan Anugerah Khas bagi jurulatih yang telah menunjukan prestasi cemerlang di peringkat antarabangsa kepada Jurulatih Silat, Sekolah Sukan, Awang Muhd Azizan bin Haji Marsad yang mana penuntut silat Sekolah Sukan mendapat satu pingat perak dan satu pingat gangsa di Kejohanan Sekolah Sukan ASEAN Danang, Vietnam 2024.

    ATAS & BAWAH: Hajah Amal Nuriah menyampaikan Anugerah Penuntut Cemerlang kepada para penuntut yang diraikan pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda