Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    449 diraikan dalam Majlis Hafl At-Takharruj STAHB

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Seramai 449 pelajar Sekolah Tinggi Arab Hassanal Bolkiah (STAHB) telah diraikan dalam Majlis Hafl At-Takharruj kali ke-31 yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil ialah Penolong Mufti (Ifta’), Jabatan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Dennie bin Haji Abdullah.

    Majlis tersebut merupakan satu bentuk pengiktirafan atas pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan BC GCE ‘A’ Level bagi tahun 2024, serta usaha berterusan sekolah dalam melahirkan generasi berdaya saing, berakhlak mulia dan menyokong Matlamat Wawasan Brunei 2035.

    Daripada jumlah keseluruhan, seramai 367 pelajar menerima sijil STPUB, 74 lagi menerima sijil BC GCE ‘A’ Level dan lapan pula berjaya memperoleh kedua-dua sijil tersebut.

    Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran berserta tafsir, disusuli dengan Selawat Tafrijiyyah, lagu kebangsaan dan lagu rasmi sekolah. Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Pengetua STAHB, Hajah Azizah binti Haji Mohamad selaku pengerusi majlis dan diikuti dengan tayangan video khas.

    Salah seorang pelajar yang menerima anugerah pencapaian cemerlang. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    ATAS & BAWAH : Seramai 449 pelajar dari STAHB diraikan dalam Majlis Hafl At-Takharruj kali ke-31. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memartabatkan pendidikan Islam dan Arab di negara ini, serta memberikan motivasi kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.

    Majlis tersebut bukan sahaja meraikan kecemerlangan pelajar, malah menjadi manifestasi pencapaian pendidikan Islam negara dalam membentuk masyarakat berilmu, berkemahiran dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran masa depan.

    Anugerah Pelajar Mithali Sesi 2022/2023 telah diberikan kepada Dayang Dayana binti Adi Rani Soffian.

    Manakala, Anugerah Khas Al-Imtiyaz (STPUB & BC GCE ‘A’ Level) diberikan kepada Dayang Huda Insyirah binti Mahmud dan Awang Adam bin Muhamad Yusop.

    Anugerah Khas Al-Imtiyaz (STPUB) diberikan kepada pelajar Al-Imtiyaz Usuluddin, Dayang Farah Nabilah binti Muryadi; Al-Imtiyaz Asy-Syariah, Dayang Nur Ibra’atul Farwizah binti Ibrahim; dan Al-Imtiyaz Al-Lughah, Dayang Wafa Farhana binti Haji Shamsuddin.

    Sementara itu, Anugerah Khas Al-Imtiyaz (BC GCE ‘A’ Level) diberikan kepada Dayang Nur Rana Rasyiqah binti Haji Mohd Syahiran.

    Anugerah Khas Pencapaian Konsisten (STPUB) diberikan kepada Dayangku Nur Azmatun Haziqah binti Pengiran Zainalabidin.

    Anugerah Khas Pencapaian Konsisten (BC GCE ‘A’ Level) diberikan kepada Awang Mohammad Wa’ez Asyraf bin Mohammad Endy.

    Anugerah Khas Madrasah diberikan kepada Awang Muhammad Qahir bin Haji Rosley. Manakala Anugerah Khas Mumarasah Al-Lughah Al-Arabiyyah pula diberikan kepada Awang Ahmad Syafi’ie bin Aziz-Soffre. Sementara itu, Anugerah Khas Kokurikulum diberikan kepada Awang Muhammad Nur Hafizan @ Nur Syafizan bin Saban dan Dayang Nurnazatul Aiman Zafirah binti Muhammad Hafizchin.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda