Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Seramai 45 anak yatim yang terpilih di Daerah Brunei dan Muara telah menerima sumbangan derma dalam satu majlis penyampaian di Arno Zoey Wonderland, Mid Valley Shopping Centre, Kampung Salambigar baru-baru ini.
Majlis yang disertakan dengan berbuka puasa itu dihadiri oleh tetamu kehormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohd Yusof.
Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa yang dipimpin oleh pegawai agensi Mirra Hanna Employment, Awang Muhammad Syauqi bin Haji Abu Kasim.
Seterusnya, sumbangan derma berkenaan disampaikan oleh Datin Paduka Hajah Salmah binti Haji Hanafiah, isteri tetamu kehormat dan Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim. Turut hadir ialah pengarah agensi Mirra Hanna Employment, Dayang Jessie Lim.