Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    45 belia tamat Program Literasi Penerangan

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Seramai 45 belia masjid dan daie bagi Daerah Brunei dan Muara telah menamatkan Program Literasi Penerangan dengan majlis penyampaian sijil.

    Sijil-sijil telah disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini.

    Program dua hari itu merupakan salah satu inisiatif Jabatan Penerangan dalam membantu kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui pendekatan seluruh negara dan seluruh kerajaan dalam membarigakan dasar baharu belia di negara ini untuk mendedahkan golongan belia kepada maklumat yang boleh membantu mereka memajukan diri dan secara tidak langsung membantu negara ke arah mencapai salah satu matlamat Wawasan Brunei 2035 bagi mempunyai kualiti kehidupan yang tinggi.

    Pada hari terakhir program, para peserta berpeluang mengadakan lawatan ke Jabatan Adat Istiadat Negara dan seterusnya mendengar taklimat bertajuk Adat Istiadat Brunei oleh Pegawai Adat istiadat, Awang Mohd Zaizul bin Haji Daud yang menyentuh mengenai peranan dan kepentingan adat istiadat Brunei kepada masyarakat serta penggunaan terasul dan bahasa dalam.

    Program diteruskan dengan lawatan ke Pusat Bahagia Pulaie, Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) yang antara lain bertujuan untuk memahami konsep keterangkuman seperti cara membantu orang kelainan upaya penglihatan berjalan dan belajar mengenal huruf (abjad) dan nombor serta beberapa bahasa isyarat yang biasa digunakan dan dibawa melawat ke beberapa kelas yang terdapat di pusat berkenaan.

    Para peserta didedahkan dengan pelbagai program yang dikelolakan oleh pihak Darussalam Enterprise (DARe) seperti bootcamp bagi meningkatkan lagi pengetahuan para peserta dalam bidang perniagaan.

    Taklimat mengenai Program Boot-camp Perniagaan DARe disampaikan oleh Pegawai Eksekutif DARe, Awang Muhammad Syu’aib bin Haji Ahmad Rafie.

    ATAS & BAWAH: Dayang Sastra Sarini menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    Gambar serahan Jabatan Penerangan
    Gambar ramai bersama para peserta Program Literasi Penerangan yang berlangsung selama dua hari. – Gambar serahan Jabatan Penerangan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda