Friday, February 7, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    45 kes denda kompaun

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Unit Penguatkuasaan, Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (BSB) mencatatkan sebanyak 45 kes yang telah dikeluarkan denda kompaun berhubung pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab di kawasan awam dari Januari hingga Oktober 2017.

    Antara kes denda kompaun berkenaan ialah denda kompaun yang dikeluarkan kepada dua buah syarikat di Kawasan Kampung Bunut di mana mereka didapati melonggokkan dan meninggalkan sampah di belakang premis di kawasan kawalan Jabatan Bandaran BSB, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh unit berkenaan.

    Menurut kenyataan itu, di bawah Akta kesalahan-kesalahan kecil penggal 30 bab 12 (1), jika didapati melakukan kesalahan ia boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih $500. Jika gagal menjelaskan denda kompaun dalam satu tempoh yang diberikan maka kes berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Jika sabit kesalahan, denda sebanyak $1,000 akan dikenakan bagi kesalahan pertama dan jika didapati bersalah buat kali kedua dan seterusnya akan dikenakan denda sebanyak $3,000 di samping hukuman penjara tidak melebihi tiga bulan.

    Unit Penguatkuasaan akan sentiasa mengadakan operasi dari semasa ke semasa untuk memastikan individu dan syarikat-syarikat mematuhi syarat dan peraturan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil.

    Gambar serahan Unit Penguatkuasaan, Jabatan Bandaran BSB menunjukkan sampah yang dilonggokkan di kawasan awam.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda