Thursday, February 6, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    45 maut dipijak semasa upacara penghormatan terakhir

    DAR ES SALAAM, 30 MAC – Polis Tanzania mengumumkan hari ini bahawa sekurang-kurangnya 45 orang maut dalam rempuhan di Stadium Uhuru, Tanzania ketika upacara penghormatan terakhir Presiden Tanzania, John Magufuli, yang meninggal dunia 17 Mac lalu.

    Komander Polis Wilayah Dar es Salaam, Lazaro Mambosasa, yang mengesahkan kejadian itu semalam, berkata tragedi berlaku pada 21 Mac lalu ketika orang ramai sedang berkabung.

    “Terlalu ramai yang berebut-rebut untuk memasuki stadium, malah ada yang tidak sabar hingga berlaku rempuhan yang mengakibatkan 45 individu maut,” katanya.

    Pada masa sama Mambosasa berkata, antara mangsa adalah lima sekeluarga selain seorang wanita dan empat kanak-kanak yang dilaporkan terkorban.

    Menurut Mambosasa, berpuluh-puluh individu lain turut cedera dalam rempuhan itu, namun sudah dibenarkan keluar dari hospital.

    Puluhan ribu individu berkabung dengan beratur di beberapa jalan di Dar es Salaam sebagai penghormatan terakhir buat Magufuli yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 61 tahun.

    Pergaduhan itu berlaku pada hari kedua upacara memberi penghormatan di Stadium Uhuru.

    Magufuli dibawa ‘berarak’ di kota Dar es Salaam, Dodoma, Zanzibar, Mwanza dan Geita, sebelum akhirnya disemadikan di kampungnya di Chato, di barat laut negara itu, pada 26 Mac. – AFP

    Presiden SamiaSuluhuHassan meletakkan bunga di kubur bekas Presiden JohnMagufuli di kampung halamannya Chato, Tanzania pada 26 Mac 2021. Sekurang-kurangnya 45 orang maut dalam rempuhan di Stadium Uhuru, Tanzania ketika upacara penghormatan terakhirJohnMagufuli. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda