BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Sejumlah $12,880 telah disumbangkan kepada 45 orang pelajar dan guru yang menjadi mangsa kebakaran dan rumah roboh pada Majlis Penyampaian Derma Kementerian Pendidikan yang telah diadakan di Dewan Persidangan P1, Kementerian Pendidikan, hari ini.
Derma Kementerian Pendidikan tersebut disumbangkan kepada guru dan pelajar-pelajar yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Mentiri, Kampung Lumapas, Kampung Limau Manis, Kampung Perpindahan Lambak Kanan, Kampung Saba Laut, Kampung Bakut Siraja Muda ‘A’, Kampung Tanah Jambu (STKRJ) Sungai Buloh, Flat F6, Bilik No. 3 Lorong 109, Penanjong Kem, Barik Jalan Pelumpong Pantai Muara, Kampung Bebatik Kulapis dan Kampung Sumbiling Lama. (Klik di sini untuk cerita lanjut)